Penang

Semalam pekena teh dengan seorang sahabat berbangsa India beragama Hindu. Dalam banyak perkara yg kami sembang, saya tertarik untuk kongsikan maklumat berkaitan kewujudan “gereja2 mencurigakan” di negeri Pulau Pinang…

Sahabat saya ini menceritakan tentang sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak gereja2 baharu wujud di Pulau Pinang. Tak tahulah dari mana mereka mendapat fund tetapi memang mewah. Ada sesetengahnya terdapat staf yang ramai, selain mempunyai “work station” ala2 pejabat. Persoalan yang timbul apa yang mereka buat?

Gereja2 ini tidak seperti yang sedia ada, yang berdaftar dan terdapat struktur pentadbiran yang jelas. Namun beberapa gereja baharu ini, ramai di kalangan kita termasuk di kalangan penganut Kristian sendiri pun tidak tahu tentang gereja2 ini. Sebabnya gereja2 ini tidak diumumkan secara rasmi sebagai gereja, malah lokasi dan modus operandinya juga agak mencurigakan…

Antaranya di Wisma Adorna berdekatan Masjid Maqbul, Sungai Pinang… Plaza MWE bersebelahan Hotel City Bayview dan Kompleks Sunny Point, Batu Uban…

Kalau di Sungai Pinang dan di Plaza MWE, ramai warga asing dan orang Sabah & Sarawak yang akan berhimpun di sana setiap Ahad. Malah didakwa terdapat juga warga Bangladesh dan orang Melayu. Dalam erti kata yang lain telah wujud agenda memurtadkan orang Islam di gereja tersebut…

Lebih menarik adalah sebuah gereja di Sunny Point, Batu Uban yang dikatakan gereja Geng Negro. Ramai orang2 Negro berkumpul setiap Ahad. Biasanya upacara di dalam gereja tersebut melibatkan nyanyian dan tarian ala2 mini konsert. Yang join semuanya geng Negro. Seperkara lagi, ada yang datang menaiki kereta mewah. Timbul pula persoalan, Negro biasanya barasal daripada negara2 Afrika yang kita sedia maklum negara yang miskin. Macam mana bila datang ke Malaysia, Negro2 ini menjadi kaya raya?

Sebuah lagi gereja yang pernah dilaporkan kepada saya menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam adalah di Jalan Penang, berdekatan Sup Hameed sebaris dengan Hotel Cititel. Di sini, mereka mewujudkan kelas seperti sekolah untuk anak2 Rohingya. Anak2 Rohingya ini diberikan makan dan pendidikan secara percuma. Selain mengajar subjek Sains, Matematik dan sebagainya, anak2 ini turut diselitkan dengan pengajaran agama Kristian melalui lagu dan subjek Bahasa Inggeris…

Raplah jingga betoi… Apa nak jadi dengan negeri dan negara kita??? Apapun inilah realiti yg sedang berlaku di negeri Pulau Pinang…

Negara kita mengamalkan kebebasan beragama maka tidak ada sebarang masalah pun orang Kristian untuk berhimpun dan bersembahyang cara di gereja2…

Tapi bila wujud gereja yang tidak diwartakan sebagai gereja, dikhuatiri wujud aktiviti2 yang meragukan dan yang bertentangan dengan undang2 negara…

Pada masa yang sama, undang2 negara kita tidak membenarkan ajaran agama lain selain Islam disebarkan kepada orang Islam. Makanya, tindakan mengajar atau mengajak orang Islam menganut agama Kristian adalah sesuatu yang bertentangan dengan undang2 Malaysia…

Maka diharapkan pihak berkuasa peka tentang perkara ini, mengambil maklum dan mengambil tindakan sewajarnya…

Seperkara lagi yang saya nak kongsikan adalah kewujudan gereja2 ini sebenarnya bukan hanya membimbangkan orang Islam tetapi juga penganut agama2 lain di negara ini ketana agama mereka juga turut terancam. Selain itu dikhuatiri perkara ini juga mampu mengamcam keselamatan negara kerana kewujudan mereka diragui, dana mereka diragui dan aktiviti mereka juga diragui…